Monday, 27 April 2020

About Me



Nama: Nurul Khaleda binti Mohd Khairul

Umur: 22 

Program: Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan dengan Kepujian

Tahun Pengajian: Tahun 3 sesi 2019/2020

Fakulti: Perubatan

Email: nrlkhld98@gmail.com


10 gambar statik dan penerangan


Berikut merupakan antara 10 gambar statik beserta penerangan mengenai teknologi dan inovasi dalam bidang perubatan dan kejururawatan.

1.     Penggunaan Drone untuk perkhidmatan kesihatan. 


Teknologi drone in digunakan untuk menghantar barang seperti darah, biopsi, dan vaksin. Kerajaan Vanuatu di lautan Pasifik Selatan adalah satu satunya negara pertama yang berjaya menghantar vaksin melalui drone. Ianya sangat berguna kepada golongan yang tinggal di kawasan terpencil yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di bandar disebabkan oleh masalah pengangkutan.

2.      Bacaan gula melalui kanta sentuh 


Teknologi ini dapat membantu kaedah mengesan gula bagi penghidap diabetes tanpa perlu mengambil darah melalui suntikan jarum. Ia juga mengandungi alat elektronik boleh lentur dan lutsinar yang mampu memantau bacaan gula melalui air mata. Sebelum ini, idea mengesan bacaan gula melalui air mata pernah diterokai tetapi gagal kerana masalah gangguan pada penglihatan. Oleh itu, penyelidik menggunakan elektrod yang diperbuat dari bahan mudah lentur dan lutsinar mengandungi pegesan gula yang menghantar isyarat elektrik kepada diod pemancar cahaya (LED). Ia juga menggunakan sumber tenaga tanpa wayar dan tidak akan mengganggu penglihatan. Sekiranya bacaan gula melebihi kadar normal, isyarat akan dihantar menyebabkan lampu LED berhenti menyala.

3.      Bacaan ECG melalui jam




Pada 2018, syarikat Apple melancarkan jam tangan pintar siri ke-4 (Apple Watch Series 4) yang mengandungi aplikasi membuat bacaan elektrokardiogram (ECG) mirip bacaan menggunakan satu kabel lead elektrokardiogram. Impuls elektrik jantung akan dapat dikesan melalui elektrod yang diletakkan di bahagian belakang jam tersebut. Ia digunakan bagi mengenal pasti sebarang aktiviti elektrik tidak normal disebabkan beberapa keadaan jantung seperti irama jantung tidak sekata (atrial fibrillation). Semua bacaan tersebut boleh disimpan dalam memori dan dikongsikan dengan doktor sebagai rujukan.

4.      Pil ubat yang ditelan dikawal melalui telefon


Pil berbentuk Y ini boleh diisi dengan ubat berbeza dan turut mengandungi alat pengesan untuk mengenal pasti sebarang perubahan pada keadaan perut dan usus pesakit. Dengan menggunakan teknologi Bluetooth tanpa wayar, semua maklumat tersebut akan dihubungkan ke telefon pintar pesakit atau doktor. Kadar pelepasan ubat dari pil tersebut juga boleh dikawal melalui telefon pintar. Oleh hal yang demikian, ubat pada dos tertentu boleh dilepaskan oleh doctor mengikut keadaan pesakit melalui maklumat yang diperoleh dari alat pengesan pada pil tersebut.

5.      Kanser bakal mempunyai vaksin


Penyelidik di Stanford University mengatakan mereka sedang menjalankan percubaan klinikal terhadap pesakit kanser kelenjar (limfoma) untuk menguji rawatan yang berpotensi menjadi vaksin kepada kanser. Rawatan tersebut melibatkan suntikan agen perangsang sistem imun ke dalam tumor pepejal.

Dalam percubaan ke atas tikus, ia berjaya menghapuskan semua sel kanser termasuk yang telah merebak (metastasise) ke bahagian lain. Agen perangsang tersebut mengaktifkan sel T di dalam tumor yang mampu melawan serta menghapuskan sel-sel kanser.

6.      Deep Brain Stimulation (DBS) sebagai rawatan baru strok


Deep brain stimulation (DBS) atau rangsangan otak dari dalam merupakan kaedah rawatan baru bagi strok. Rawatan ini melibatkan penempatan elektrod DBS pada otak pesakit melalui pembedahan. Rangsangan elektrik diberikan melalui elektrod terbabit membantu proses pemulihan di samping rehabilitasi.

7.      MP3 Stethoscope


"MP3 Stethoscope" ini boleh merakam serta mendengar bunyi degupan jantung bayi ketika dalam kandungan ibu. Keunikan alat ini ialah ia merupakan gabungan antara alat MP3 dan juga stethoscope yang boleh memainkan bunyi degupan jantung bayi di headphone serta graf jantung juga akan muncul di skrin. Bunyi serta graf jantung bayi boleh direkod dengan menekan butang dan menghantarnya kepada doktor untuk direkodkan dan dibandingkan dengan data sebelumnya.

8.      AcuVein


"AcuVein" merupakan satu alat yang menggunakan sinaran cahaya yang akan dipancarkan ke kawasan lengan pesakit. Ia akan menunjukkan 'peripheral veins' pesakit dan memudahkan para doktor dan jururawat untuk mencari vein untuk mengambil darah atau 'venipuncture'. Ia dapat membantu jagarawatan pesakit dengan berkesan dan selesa. Alat ini dicipta untuk memastikan pesakit yang mengalami banyak masalah seperti mempunyai salur darah yang kecil, dehidrasi, obesiti, atau suhu badan yang rendah senang untuk dicucuk dan akan menerima venipuncture yang cepat tanpa gangguan atau sakit dan kurang selesa kerana perlu dicucuk berulang kali.




9.      "The Cefaly Headband" boleh menghilangkan sakit kepala & migraine



Jika anda mempunyai masalah sakit kepala yang kerap, pengambilan ubat tahan sakit dengan kerap tidak elok untuk kesihatan badan. Selain badan menjadi 'immune' terhadap pil, ubat juga mempunyai banyak kesan negatif terhadap pesakit. The Cephaly Headband merupakan satu alat yang mempunyai 'micro-impulse' untuk merangsang 'trigeminal nerve endings' yang merupakan tempat bermulanya sakit kepala. Dahi perlu dibersihkan dahulu kemudian elektrod akan diletakkan di kepala. Tahap kekuatan alat tersebut boleh diubah mengikut kesesuaian individu. Selepas 20 minit, perubahannya pasti akan terasa.

10.   Neonatal Transport Baby Incubator


Kadar kematian bayi sangat tinggi bagi bayi yang berada dalam inkubator jika prosedur memindahkan bayi daripada satu tempat ke satu tempat yang lain dilakukan bertujuan untuk mendapatkan bantuan perubatan yang lebih baik. Scientist daripada Colorado State University telah menghasilkan satu alat penyerapan renjatan yang boleh dipikul di bahagian belakang iaitu 'Neonatal Transport Incubator" bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian bayi dengan cara membawa atau mendukung bayi yang kritikal sebelum mendapatkan bantuan kemudahan perubatan. Alat ini dilengkapi dengan sistem pemanasan elektrik yang lengkap, oxygen yang cukup, suhu, 'monitoring alarm' dan pengawal udara yang baik. Oleh itu, masalah kematian bayi dapat dikurangkan dengan wujudnya alat ini.