Berikut merupakan antara 10 gambar statik beserta penerangan mengenai teknologi dan inovasi dalam bidang perubatan dan kejururawatan.
1.
Penggunaan Drone untuk
perkhidmatan kesihatan.
Teknologi
drone in digunakan untuk menghantar barang seperti darah, biopsi, dan vaksin. Kerajaan
Vanuatu di lautan Pasifik Selatan adalah satu satunya negara pertama yang berjaya
menghantar vaksin melalui drone. Ianya sangat berguna kepada golongan yang
tinggal di kawasan terpencil yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan
kesihatan di bandar disebabkan oleh masalah pengangkutan.
2.
Bacaan
gula melalui kanta sentuh
Teknologi ini dapat membantu
kaedah mengesan gula bagi penghidap diabetes tanpa perlu mengambil darah
melalui suntikan jarum. Ia juga mengandungi alat elektronik boleh lentur dan
lutsinar yang mampu memantau bacaan gula melalui air mata. Sebelum ini, idea
mengesan bacaan gula melalui air mata pernah diterokai tetapi gagal kerana
masalah gangguan pada penglihatan. Oleh itu, penyelidik menggunakan elektrod
yang diperbuat dari bahan mudah lentur dan lutsinar mengandungi pegesan gula
yang menghantar isyarat elektrik kepada diod pemancar cahaya (LED). Ia juga
menggunakan sumber tenaga tanpa wayar dan tidak akan mengganggu penglihatan.
Sekiranya bacaan gula melebihi kadar normal, isyarat akan dihantar menyebabkan
lampu LED berhenti menyala.
3.
Bacaan
ECG melalui jam
Pada 2018, syarikat Apple
melancarkan jam tangan pintar siri ke-4 (Apple Watch Series 4) yang mengandungi
aplikasi membuat bacaan elektrokardiogram (ECG) mirip bacaan menggunakan satu
kabel lead elektrokardiogram. Impuls elektrik jantung akan dapat dikesan
melalui elektrod yang diletakkan di bahagian belakang jam tersebut. Ia
digunakan bagi mengenal pasti sebarang aktiviti elektrik tidak normal
disebabkan beberapa keadaan jantung seperti irama jantung tidak sekata (atrial
fibrillation). Semua bacaan tersebut boleh disimpan dalam memori dan
dikongsikan dengan doktor sebagai rujukan.
4.
Pil ubat
yang ditelan dikawal melalui telefon
Pil berbentuk Y ini boleh diisi
dengan ubat berbeza dan turut mengandungi alat pengesan untuk mengenal pasti
sebarang perubahan pada keadaan perut dan usus pesakit. Dengan menggunakan
teknologi Bluetooth tanpa wayar, semua maklumat tersebut akan dihubungkan ke
telefon pintar pesakit atau doktor. Kadar pelepasan ubat dari pil tersebut juga
boleh dikawal melalui telefon pintar. Oleh hal yang demikian, ubat pada dos
tertentu boleh dilepaskan oleh doctor mengikut keadaan pesakit melalui maklumat
yang diperoleh dari alat pengesan pada pil tersebut.
5.
Kanser bakal
mempunyai vaksin
Penyelidik di Stanford
University mengatakan mereka sedang menjalankan percubaan klinikal terhadap
pesakit kanser kelenjar (limfoma) untuk menguji rawatan yang berpotensi menjadi
vaksin kepada kanser. Rawatan tersebut melibatkan suntikan agen perangsang
sistem imun ke dalam tumor pepejal.
Dalam percubaan ke atas tikus,
ia berjaya menghapuskan semua sel kanser termasuk yang telah merebak
(metastasise) ke bahagian lain. Agen perangsang tersebut mengaktifkan sel T di
dalam tumor yang mampu melawan serta menghapuskan sel-sel kanser.
6.
Deep Brain
Stimulation (DBS) sebagai rawatan baru strok
Deep brain stimulation (DBS)
atau rangsangan otak dari dalam merupakan kaedah rawatan baru bagi strok.
Rawatan ini melibatkan penempatan elektrod DBS pada otak pesakit melalui
pembedahan. Rangsangan elektrik diberikan melalui elektrod terbabit membantu
proses pemulihan di samping rehabilitasi.
"MP3
Stethoscope" ini boleh merakam serta mendengar bunyi degupan jantung bayi
ketika dalam kandungan ibu. Keunikan alat ini ialah ia merupakan gabungan
antara alat MP3 dan juga stethoscope yang boleh memainkan bunyi degupan jantung
bayi di headphone serta graf jantung juga akan muncul di skrin. Bunyi serta
graf jantung bayi boleh direkod dengan menekan butang dan menghantarnya kepada
doktor untuk direkodkan dan dibandingkan dengan data sebelumnya.
"AcuVein"
merupakan satu alat yang menggunakan sinaran cahaya yang akan dipancarkan ke
kawasan lengan pesakit. Ia akan menunjukkan 'peripheral veins' pesakit dan
memudahkan para doktor dan jururawat untuk mencari vein untuk mengambil darah
atau 'venipuncture'. Ia dapat membantu jagarawatan pesakit dengan berkesan dan
selesa. Alat ini dicipta untuk memastikan pesakit yang mengalami banyak masalah
seperti mempunyai salur darah yang kecil, dehidrasi, obesiti, atau suhu badan
yang rendah senang untuk dicucuk dan akan menerima venipuncture yang cepat
tanpa gangguan atau sakit dan kurang selesa kerana perlu dicucuk berulang kali.
9.
"The
Cefaly Headband" boleh menghilangkan sakit kepala & migraine
Jika
anda mempunyai masalah sakit kepala yang kerap, pengambilan ubat tahan sakit
dengan kerap tidak elok untuk kesihatan badan. Selain badan menjadi 'immune'
terhadap pil, ubat juga mempunyai banyak kesan negatif terhadap pesakit. The
Cephaly Headband merupakan satu alat yang mempunyai 'micro-impulse' untuk
merangsang 'trigeminal nerve endings' yang merupakan tempat bermulanya sakit
kepala. Dahi perlu dibersihkan dahulu kemudian elektrod akan diletakkan di
kepala. Tahap kekuatan alat tersebut boleh diubah mengikut kesesuaian individu.
Selepas 20 minit, perubahannya pasti akan terasa.
10. Neonatal Transport Baby Incubator
Kadar
kematian bayi sangat tinggi bagi bayi yang berada dalam inkubator jika prosedur
memindahkan bayi daripada satu tempat ke satu tempat yang lain dilakukan
bertujuan untuk mendapatkan bantuan perubatan yang lebih baik. Scientist
daripada Colorado State University telah menghasilkan satu alat penyerapan
renjatan yang boleh dipikul di bahagian belakang iaitu 'Neonatal Transport Incubator"
bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian bayi dengan cara membawa atau
mendukung bayi yang kritikal sebelum mendapatkan bantuan kemudahan perubatan.
Alat ini dilengkapi dengan sistem pemanasan elektrik yang lengkap, oxygen yang
cukup, suhu, 'monitoring alarm' dan pengawal udara yang baik. Oleh itu, masalah
kematian bayi dapat dikurangkan dengan wujudnya alat ini.